Saturday, May 28, 2011

Hati Kita



Salam smua...ptg nie de masa yg t'luang fara nk muhasabah diri fara n diri kita smua,tnpa kita sdariny...  :-)

Kadangkala hati kita nie bpenyakit tetapi kita langsung x menyedarinya. Sakit disini adalah bkenaan dgn rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pd diri seseorang .Antara tanda-tanda yg menunjukkan bahawa hati kita sekarang nie bpenyakit ialah apabila beberapa sikap nie de pd kita tnpa kita sedari tapi dsini fara bukanny nk bceramah kpd anda smua,cuma fara nk kita smua muhasabah diri kita sndiri:

  • Buruk Sangka
  • Sombong
  • Mudah Marah
  • Riya’
  • Hasad Dengki
  • Munafik
  • Mengumpat
  • Bakhil
  • Berat untuk melakukan ibadah

Bila berbicara tentang permasalahan hati, tentu kita takkan lupa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging tersebut ialah hati”

Sentiasa Berbaik Sangka
Antara langkah berbaik sangka seperti hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan rela hati dan elakkan menyombong dan meninggi diri.

Buang Segala Sikap Hasad Dengki
Hapuskan sikap hasad dengki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dasar hati. Lihatlah orang yang sentiasa hasad dengki terhadap orang lain, akan menyebabkan orang itu sentiasa mencari jalan melakukan kejahatan kepada orang lain. Mereka suka mengumpat dan menjadi batu api.

Senyumlah!
Senyumlah agar dunia turut tersenyum kepada kamu. Namun, perlu diingat senyum itu memang sedekah tetapi janganlah disalahgunakan untuk memancing maksiat pula. Selain itu senyum juga meransang wajah sentiasa awet muda. Jadi, senyumlah selalu!

Gemar Menghadiri Majlis Ilmu
Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat. Majlis ilmu seperti majlis zikrullah, majlis tilawah al-Quran, ceramah agama, multaqa’ ulama dan sebagainya.

Hiasi Diri Dengan Sikap Ikhlas
Ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah swt serta mengharapkan keredaan-Nya. Jauhi dari mendambakan pujian atau kemasyhuran manusia. Niat yang benar menentukan keikhlasan kita.

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Info nie adalah dr sorg blogger yg fara xkenal n fara tlupa nk copy url beliau,t klau fara de masa tluang fara akan beri tahu sape tuan punya artikal nie n blogny. fara juga cuba mghayati n ingin bkongsi bsama dgn anda smua utk kita smua renung2kan stiap patah pkataan ilmu yg beliau ingin dkongsikn bsama.